Monday 4 July 2011

Show Your Love

Entry ini aku tulis adalah sebagai satu kenangan terindah antara aku dan suami ku tersayang...semoga ia membuatkan aku sentiasa menjadi isteri yang disenangi suamiku.


Buat tatapan suamiku tersayang...terima kasih kerana menyayangiku dengan sepenuh jiwa ragamu...tanda sayangmu didahiku masih berbekas dan rasanya akan kekal untuk lebih dua tiga hari ni..walaupun ia agak memalukan diriku tetapi ia membuatku tersenyum bila mengenangkan dirimu sayang..hari ini aku datang ke ofis dengan berfondation tebal didahi dan sedikit mengulupkan tudungku yang sememangnya kulup sejak dari azali lagi semata-mata untuk menutup tanda cinta yang diberikan oleh suamiku di dahi ku yang comel ni..perasan...tapi hari nii aku rasa nak puji diri sendiri..takda masalah kan.??